Friday, August 1, 2008

Rukun Baiah (Ukhuwah dan Thiqah)

بسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk : Arkanul Baiah
Ukhuwwah
Thiqah

1.1 - MUQADDIMAH
Ta’rif Arkanul Baiah : Salah satu asas (otot) dalam penbentukan pejuang , bertujuan untuk membina kekuatan dalaman dalam menangkis serangan sifat mazmumah , rangka asas bagi perangcangan program dan strategi dalam tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah atau pembentukan Harakah Islamiyyah .

Asal usul : Asy – Syahid Al – Imam Hassan Al – Banna .
Tujuan : Menjadi salah satu agenda atau maddah tarbiyyah untuk mengerakkan/mengkaderkan anggota jemaah dan melengkapkan anggota jemaah sebagai Ansarullah ( Tentera Allah swt)
Struktur : Terdiri daripada 10 rukun yang yang sabit dengan nas , hadis Rasulullah saw , ucapan – ucapan para sahabat ra dan dijelaskan secara mendalam melalui Asy – Syahid Al – Imam Hassan Al – Banna , dipaparkan melalui gerakan Ikhwanul Muslimin serta para pendokongnya .

1.2 – Rukun Kesembilan : Ukhuwwah

Ta’rif : Hati dan jiwa terikat dengan ikatan aqidah , ikatan aqidah yang kukuh dan bernilai . Ukhuwwah adalah saudara kepada iman , manakala perpecahan adalah saudara kufur .Kekuatan ukhuwwah wujud daripada perpaduan dan tiada perpaduan tanpa kasih sayang . Anugerah Allah swt yang diberikan kepada hamba – hamba Nya yang ikhlas dan penolong – penolong Nya serta tertera – tentera Nya yang membersihkan jiwa mereka untuk Allah swt

Penjelasan : sabit melalui nas dan hadis , dan ditonjolkan oleh Rasulullah saw dalam sirahnya juga ditonjolkan oleh para sahabat .

Firman Allah S.W.T :

......Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. Dan (Dialah) yang menyatupadukan diantara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.
(Al-Anfal : 62-63)

Tiada ukhuwwah tanpa iman, dan tiada keimanan yang sempurna tanpa ukhuwwah, sepertimana tidak ada persahabatan tanpa taqwa, dan tiada ketaqwaan tanpa persahabatan.

Firman Allah S.W.T :

Sesungguhnya orang mu’min itu bersaudara ... (Al-Hujurat: 10)

Firman Allah lagi :

Pada hari itu sahabat-sahabat karib : sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh) (Al-Zukhruf : 67)

Rasulullah S.A.W telah bersabda ;
Ada tiga jenis manusia yang merasai kemanisan iman ; Allah dan Rasul adalah lebih dikasihi berbanding selainnya, mengasihi seseorang kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kufur sepertimana ia benci dihumbankan ke dalam api neraka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika disorot daripada Seerah Rasulullah, pertautan ukhuwwah antara Ansar dan Muhajirin dalm kisah Hijraturrasul boleh dijadikan contoh yang terbaik. Sehinggakan ada dikalangan mereka dari golongan Muhajirin yang sanggup untuk menghadiahkan salah seorang isterinya kepada golongan Ansar, yang menunjukkan kekuatan ukhuuwah antara mereka.
3 ciri penting ukhuwwah dalam kisah Muhajirin dan Ansar ini ialah:
i. memberikan perlindungan
ii. memberikan pertolongan
iii. mengutamakan orang lain daripada diri sendir


Kepentingan : Mempertautkan ikatan hati-hati dan ruh-ruh ahli sekalian dengan ikatan akidah , dalam setiap gerak kerja dan perancangan dalam mewujudkan penyatuan amal dan penyatuan fikiran . Agar perjalanan dakwah dan tarbiyyah berjalan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang masalah khususnya komunikasi .

1.2.1 – Objektif

1.2.1 – Menyemaikan rasa kepentingan ukhuwwah dalam kehidupan ahli sama ada sesama ahli ataupun dengan masyarakat sekeliling ( mad’u , roommate , housemate etc)

1.2.2 – Menerapkan rasa persaudaraan dan ikatan aqidah yang kukuh dengan mengambil usrah sebagai batu asas dalam pembentukkan usrah sehingga keperingkat mengutamakan orang lain ( ahli ) dari diri sendiri

1.2.3 – Memupuk sikap suka tegur – menegur sesama ahli dan sikap berlapang dada serta bersangka baik apabila ditegur , dengan menggunakan kaedah yang sesuai seperti bermuhasah , teguran secara sendirian , teguran umum dari pemimpin dan teguran ahli kepada pemimpin atau kaedah – kaedah lain .

1.2.2 – Pengisian dan Kandungan

1.2.2.1 – Ta’rif ( Syara’ & Bahasa )

Ukhuwwah
Saudara Islam
Persaudaraan Islam
Ikatan aqidah
Berlapang dada dan bersangka baik

1.2.2.2 – Kedudukan ukhuwah dalam kehidupan dan kewajipannya

Qiadah dengan Qiadah

Ahli-ahli Qiadah mestilah orang yang paling terkedepan dalam mengamalkan ukhuwwah. Mesti diamalkan jauh lebih teguh dikalangan ahli qiyadah sendiri jika menyuruh ahli-ahli lain mengamalkan ukhuwwah.

Firman Allah:
“ Apakah kamu menyuruh orang berbuat baik dan melupakan diri kamu sendiri, sedangkan kamu membaca kitab. Tidakkah kamu berakal “ (Al-Baqarah : 44)

Hubungan antara qiyadah bukanlah semata-mata hubungan dari segi kerana tugas-tugas dan hal-hal pentadbiran sahaja bahkan mestilah diasaskan dengan ikatan hati dan mahabbah yang kuat antara ahli-ahli qiyadah. Ini adalah kerana ahli-ahli qiyadah bukan sahaja berhadapan dengan masalah-masalah yang memerlukan kekuatan aqal dan pemikiran, tetapi mereka juga akan berhadapan dengan masalah yang memerlukan kekuatan roh.

Ahli-ahli qiyadah hendaklah memperbaiki hubungan anatar sesama sendiri melalui usrah dan ta-aruf yang lebih mendalam. Ulama ada menggariskan 5 perkara dalam merapatkan ukhuwwah :

Biasa makan bersama-sama di rumah saudaranya.
Biasa membuang air kecil atau air besar di rumah saudaranya.
Biasa solat di rumah saudaranya.
Biasa tidur di rumah saudaranya.
Datang membawa isterinya kerumah saudaranya.


Ahli dengan Ahli secara keseluruhannya

Ukhuwwah Isalmiyyah mestilah dihidupkan di kalangan ahli-ahli sebagai menghayati firman Allah S.W.T :

“ Bahawa sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara “
(Al-Hujurat : 10)

Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Seorang Muslim adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Tidak boleh ia menganiaya dan tidak boleh ia mengabaikannya. Barangsiapa yang memenuhi satu hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan barangsiapa melegakan kesempitan dan kesusahan seorang Muslim nescaya Allah akan melegakan kesusahannya di hari kiamat dan barangsiapa yang melindungi keaiban seorang Muslim, nescaya akan dilindungi Allah akan keaibannya di akhirat. ” (Bukhari dan Muslim)

“Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah ia mencintai saudaranya sepertimana ia mencintai dirinya sendiri ” (Bukhari dan Muslim)


Ahli-ahli perlu mencapai tingkat yang paling tinggi dalam amalan ukhuwwah iaitu dengan mendahulukan hajat dan keperluan saudaranya di atas keperluannya sendiri.

Berkata Maimun bin Muhran:

“ Barangsiapa yang suka berkawan tetapi tidak suka melebihkan kawan atas diri sendiri, maka lebih baik ia berkawan dengan ahli kubur.”

Dalam amalan mengutamakan sahabat lain dalam jamaah, ia perlu dilihat dalam bentuk yang lebih menyeluruh, sama ada mengutamakannya dalam hal-hal harian dan peribadi ataupun dalam hal-hal berkaitan dengan tanggungjawab dalam tanzim.Jika sahabat kita menghadapi masalah kewangan, maka hendaklah dibantu dengan bantuan kewangan, dan jika mereka memerlukan sokongan jiwa, hendaklah bantuan yang sedemikian diberikan kepada mereka .

Ali bin Abi Talib berkata :

“ Dengan hanya dua puluh dirham yang dapat aku berikan kepada saudaraku kerana Allah adalah kucintai daripada dapat bersedekah dengan seratus dirham ke atas orang miskin”

Daripada sokongan jiwa pula, ahli-ahli hendaklah sentiasa memberi semangat utk sahabat-sahabat lain bersungguh-sungguh dalam perjuangan.

Pemimpin dengan ahli

Ia bukanlah semata-mata seperti hubungan panglima tentera dengan para tenteranya atau pemerintah dengan yang diperintah. Ia dapat di bina melalui pergaulan dengan qiyadah, pengalaman praktik dan pendirian harian.

Rasulullah selalu bergaul dengan para sahabat dimana pergaulan itulah bnyk perkara dapat dipelajari oleh para sahabat. Ia juga meningkatkan rasa mahabbah dan seterusnya peningkatan iman dan amal. Pergaulan antara Rasulullah dan para sahabat amat meluas sekali yg meliputi rihlah, riadah dengan berenang dengan sahabat-sahabatnya di dalam wadi, menjenguk sahabat2 yang sakit, mengajak sahabat utk tidur di rumahnya dan seterusnya.

Ahli-ahli qiyadah hendaklah mempunyai sikap yang betul terhadap peranannya sebagai pembimbing ahli-ahli jemaahnya. Ahli-ahli qiyadah hendaklah meluangkan masa utk memerhatikan kebajikan ahli-ahli melalui ziarah, melihat keperluan-keperluan mereka dan seterusnya.

Ahli-ahli pula hendaklah cuba mengenali qiyadah mereka dengan lebih mendalam menegtahui latar belakang mereka, cara kehidupan mereka dan lebih penting lagi ialah untuk mengetahui permasalahan ahli-ahli qiyadah dalam memimpin jemaah.

1.2.2.3 – Kepentingan usrah dan ziarah dalam pembinaan usrah

Rukun – rukun usrah
Program luar daripada usrah
Ziarah
Ahli
Umum
Gerak kerja bersama ( ie betukar – tukar pendapat , perbincangan umum )

1.2.2.4 – Kekuatan ukhuwwah dan kelemahan yang wujud apabila tiadanya ukhuwwah

1.2.2.5 – Langkah – langkah meningkatkan ukhuwwah

Persaudaraan
Memberikan dorongan utk mengekalkan iltizam ahli jemaah
Membantu menyelesaikan kerja ahli lain apabila tugasan sendiri telah selesai
Mendoakan ahli-ahli yang lain terutama tanpa pengetahuannya
Kasih –sayang
Pimpinan “ turun padang” dan bersama dengan ahli
Simpati
Bermaaf- maafan
Berlapang dada bila ditegur & bersangka baik
Aktiviti luaran
Muhasabah

1.2.2.6 – Penutup

Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah
Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut
Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan
Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas
Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu
Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia

1.2.3 – Kesimpulan

Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan . Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani - ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah - yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh

RUJUKAN
Arkanul Baiah - Ust Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
Penjelasan Di Sekitar Risalah Ta’alim oleh Muhammad Abdullah Al-Khatib
Risalah Usrah : Amalan-amalan Asasi Di Dalam Harakh Islamiyyah , Abu Urwah
Web Site Ust Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
http://axelfresno.freewebservices.net/h/hasrizal/articles/petugas.htm
http://www.al-islam.com/articles/articles-m.asp?fname=Part2_Chapter7
1.3 – Rukun Kesepuluh : Thiqah

Ta’rif : Keyakinan seorang pendakwah terhadap qiadah pada kemampuan dan keikhlasannya , dengan keyakinan yang mendalam sehingga akan melahirkan perasaan kasih , penghargaan , penghormatan dan ketaatan . Dakwah tidak wujud tanpa qiadah , sejauh mana timbal balik thiqah antara pemimpin dan pendakwah merupakan kekuatan bagi sistem jamaah dan kekemasan strategi bagi mencapai matlamatnya serta mengatasi halangan – halangannya .

Penjelasan : Sabit melalui nas dan hadis , dapat dilihat daripada sirah Rasulullah melalui keyakinan para sahabat terhadap ISLAM yang disampaikan oleh Rasulullah saw

Firman Allah yang bermaksud:
“ Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya” ( Al-Isra’ : 52)

Untuk ini, Imam Al-Banna menjawab kepada sesiapa yang bertnay kepadanya: “ Siapakah yang anda sarankan agar kami melantiknya menjadi ketua kami apabila anda telah tiada” Beliau menjawab : “ Wahai saudara! Lantiklah orang yang paling lemah di kalangan kamu, kemudian kamu dengar dan taatlah perintahnya, Ia akan menjadi orang yang paling kuat dikalangan kamu. Semoga kamu ingat wahai saudara, bagaimana Umar dan Abu Bakar berselisih pendapat berkaitan mereka yang tidak mahu membayar zakat. Para sahabat besar Rasulullah memihak kpd pandangan Umar agar tidak memerangi mereka. Apabila Umar melihat Abu Bakar Bersungguh2 memerangi mereka yg membeyar zakat, ia mengungkapkan kata-kata yang baik , yang membayangkan kepercayaannya yang mutlak. Umar berkata : “ Demi Allah aku melihat Tuhan telah mebuka pintu hati Abu Bakar untuk memerangi mereka, Aku tahu ia adalah benar.”

Jika sekiranya Umar tidak mencapai kemuliaan ke tahap kethiqahan dan ketaatannya sebegini, nescaya Umar terpedaya dengan dirinya sendiri, bahawa beliau adalah di pihak yang benar.

Kepentingan : Qiadah merupakan sebahagian dari dakwah . Dakwah tidak akan wujud tanpa tanpa qiadah . Kekuatan sistem jemaah , kejayaan strategi , kejayaan menuju matlamat dan keupayaan menghadapi segala bentuk halangan serta kesusahan sangat bergantung kepada timbal balik thiqah antara qiadah dan pendakwah . Dalam dakwah Ikhwan , qiadah mempunyai hak seorang bapa di sudut ikatan hati , hak seorang ustaz di sudut memberi ilmu , hak seorang sheikh di sudut pendidikan rohani dan hak seorang pemimpin di sudut siasah polisi umum dakwah . Dakwah merangkumi semua makna ini .

1.3.1 – Objektif

1.3.1.1 – Menanam / menyematkan thiqah antara qiadah dan pendakwah , meskipun thiqah itu bukan suatu perkara yang wajib diberi ( ie wala’) tetapi suatu perkara yang diperolehi

1.3.1.2 – Membentuk satu persefaham yang tinggi antara qiadah dab pendakwah dalam semua segi seperti pendapat dan ketetapan , supaya dapat menghalang keraguan yang diwujudkan oleh musuh Islam

1.3.1.3 – Mewujudkan satu suasana , dimana thiqah itu wujud antara qiadah dengan pendakwah , antara pemimpin dengan ahli ( dan sebaliknya ) serta antara ahli dengan ahli dalam keadaan dimana kita tenang dan percaya bahawa kebenaran wujud bersama jemaah yang berpegang pada Al – quran dan As – sunnah


1.3.2 – Pengisian dan Kandungan

1.3.2.1 – Ta’rif ( Syara’ & Bahasa )

Qiadah
Pimpinan
Pemimpin
Pendokong & Penyokong
Amanah
Wala’ & Thiqah

1.3.2.2 – Mengenali qiadah dan mengkaji suasana yang meliputi kehidupannya dari segi

Konsep / Dasar
Kepentingan
Sejarah qiadah itu sendiri
Etc

1.3.2.3 – Dasar – dasar thiqah dalam

Pemimpin dengan ahli
Ahli dengan pemimpin
Ahli dengan ahli
Dalam diri sendiri ( Thiqah Bin Nafsi)- yakin dengan diri sendiri

1.3.2.4 – Perbezaan thiqah dan wala’

Ta’rif
Konsep / Dasar
Untuk siapa dan kepada siapa
Kepentingan

1.3.2.5 – Tanggungjawab memenuhi perintah daripada qiadah

Bukan perkara maksiat
Putus
Tidak boleh dipersoalkan
Tidak boleh diragui
Tidak boleh dicanggahi
Tidak boleh diperbincangkan
Dibenarkan untuk mengemukan nasihat dan menunjukkan yang benar

1.3.3.6 – Pertentangan antara perintah qiadah

Antara perintah dengan perkara yang diketahui
Antara ijtihad yang tidak ada nas syara1’

1.3.3.7 – Langkah – langkah memujudkan thiqah dan persedian meletakkan seluruh corak kehidupan dibawah pentadbiran dakwah

1.3.3.8 – Penutup
Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat
Percaya atau thiqah di sini bermaksud kepercayaan seseorang tentera (jundi) yang mendalam terhadap kemampuan dan keikhlasan pimpinannya sehingga menimbulkan rasa kasih, menghargai, menghormati dan memberikan ketaatan yang penuh kepadanya

1.3.3 – Kesimpulan
Thiqah merupakan satu rukun yang penting kerana ia dapat merencanakan dan memastikan perjalanan dakwah berjalan dengan penuh tertib dan berstategi . Lebih – lebih lagi musuh – musuh Islam mengunakan perlbagi cara dan kaedah untuk mewujudkan perpecahan / menghilagkan thiqah antara qiadah dan pendakwah . Maka umat Islam ( jemaah ) menjadi lemah . Tanpa thiqah maka tidak ada lagi qiadah atau jemaah .

RUJUKAN
Arkanul Baiah - Ust Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
Penjelasan Di Sekitar Risalah Ta’alim oleh Muhammad Abdullah Al-Khatib
Web Site Ust Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan At Tantawi
http://axelfresno.freewebservices.net/h/hasrizal/articles/petugas.htm
http://www.al-islam.com/articles/articles-m.asp?fname=Part2_Chapter7